Sambutan Hari Ibu dalam Islam [Bahagian 2]

Posted: June 2, 2012 in Islam

Hukum Menyambut Hari Ibu

Sambutan Hari Ibu sering mengundang kontroversi dan Islam sering membahaskan tentang hukum menyambutnya. Beberapa orang ulama terkenal telah membahaskan hukum menyambut Hari Ibu.

 Sheikh Faisal Mawlawi (Timbalan pengerusi Majlis Fatwa dan Pengkajian Hukum Eropah)

Boleh menyambut tetapi dengan syarat:

  1. Sambutan itu hanya sebagai penghormatan tambahan yang dilakukan kepada ibu selari dengan penghormatan yang diberikan setiap hari kepada mereka.
  2. Sambutan itu tidaklah dianggap sebagai satu perayaan dalam sayarak iaitu menyamai Hari Raya Aidilfitri dan Hari Raya Aidiladhayang ada asasnya yang jelas dalam syarak.

Dr. Muhammad Bakar Ismail (Professor Tafsir dan Ilmu-ilmu al-Quran, Universiti al-Azhar as-Syarif)

Hari Ibu merupakan bidaah-bidaah dalam perkara adat dan bukan ibadat. Bidaah dalam adat tidak disuruh oleh Islam dan tidak juga dilarang, kecuali ia menghubungkan dengan agama dari dekat atau jauh. Jika adat ini lahir daripada pengiktirafan kepada kecantikan dan menyeru kepada berlaku baik dan ihsan kepada orang yang berhak mendapat kebaikan dan ihsan seperti ibu, bapa, datuk, nenek, maka Islam memberkati dan memperakui adat sebegini.

Manakala jika adat ini lahir daripada perkara yang sebaliknya, dan melakukannya juga melibatkan perkara-perkara yang buruk dan dilarang oleh Islam seperti pembaziran, kelalaian dan berbangga-bangga, maka Islam melarang daripadanya.

Jabatan Mufti Selangor

  1. Sambutan yang dilakukan sederhana, tidak melalaikan tanggungjawab eorang Muslim terhadap allah s.w.t dan tidak membazir.
  2. Sambutan yang baik adalah dengan cara mengasihi sesama sanak saudara melalui amalan ziarah-menziarahi selain berkongsi suka duka, menzahirkan rasa syukur jika senang dan bertakziah atau bersimpati apabila ditimpa sebarang musibah.
  3. Sebaik-baik sambutan adalah dengan mengadakan sembahyang berjemaah bersama ahli keluarga, majlis tahlil dan doa selamat, pesanan dan nasihat yang baik serta suasanan yang mahabbah.

Kesimpulannya, sambutan Hari Ibu ini diharuskan tetapi bersifat setiap masa. Sambutan ini jua perlu diraikan secara islamik dan tidak meniru mana-mana agama. Kita harus peka dalam mengamalkan budaya asing kerana dikhuatiri terjerumus kepada kehancuran kerana perkara seperti ini bukan sahaja menjejaskan akhlak dan keimanan seseorang, bahkan ia akan menjatuhkan maruah Islam itu sendiri.

Bagaimana Menghargai Ibu

Islam telah berabad-abad lamanya mempercayai kedudukan seseorang ibu yang mulia. Daripada Jahimah al-Sulami, beliau menemui Rasulullah lalu berkata: “Wahai Rasulullah, saya ingin berperang, dan saya datang untuk berbincang.” Rasulullah bertanya : “Adakah engkau mempunyai ibu?” Beiau menjawab: ” Ya.” Rasulullah bersabda: “Dampingilah dia. Sesungguhnya syurgamu terletak di bawah kedua kakinya.”

Betapa mulianya kedudukan seorang ibu, sehinggakan syurga yang mulia itu terletak di bawah telapak kaki seorang ibu. Imam al-Qurtubi juga ada berkata: “Seorang ibu berhak mendapat lebih penghormatan berbanding seorang bapa dan seoran gibu itu lebih berhak diutamakan daripada seorang bapa jika dibuat pilihan.”

Kita boleh menghargai ibu kita setiap masa dengan mendoakan kesihatannya, meringankan beban kerjanya dan menelefon bertanya khabar sekiranya duduk berjauhan. Walaupun ia tidaklah seberapa dibandingkan dengan jasa serta pengorbanan seorang ibu, tetapi ia adalah kunci untuk kita ke syurga.

Advertisements
Comments

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s