Sambutan Hari Ibu dalam Islam [Bahagian 1]

Posted: June 2, 2012 in Islam

Hari Ibu didefinisikan sebagai sambutan dan penghargaan buat semua ibu. pada hari itu, para ibu akan diraikan serta diberi hadiah sebagai tanda kasih sayang seorang anak kepada ibunya. Dalam kelekaan kita menyambutnya, pernahkah kita berfikir tentang asal usul Hari Ibu ini? Adakah cukup sehari untuk kita menghormati dan menggembirakan ibu kita? Adakah Islam menyarankan kita meraikan hari ini?

Sejarah Hari Ibu

Hari Ibu merupakan satu perayaan pada musim bunga. Masyarakat Greece meraikannya sebagai tanda penghormatan mereka terhadap ‘Rhea’, iaitu ibu kepada tuhan mereka.

1600 

Masyarakat di England merayakan satu hari yang mereka namakan sebagai ‘Mothering Sunday’. Ia dirayakan pada hari Ahad keempat setiap ‘Lent’. Lent ialah tempoh masa selama 40 hari sama ada dalam bulan Februari atau Mac.

Dalam tempoh ini,, masyarakat yang beragama Kristian akan berhenti melakukan perkara tertentu atau memakan makanan tertentu atas dasar agama. Amalan tersebut adalah sebagai penghormatan mereka terhadap ‘Mother Mary’. ‘Mother Mary’ ialah Maryam, ibu kepada Nabi Isa a.s. atau Jesus yang dianggap mereka sebagai tuhan. Dalam tempoh tersebut juga, kebanyakan rakyat England yang miskin, akan bekerja sebahai pembantu rumah. Mereka sanggupkeluar jauh meninggalkan keluarga kerana percaya Jesus akan memberikan kekayaan dan kesenangan dalm tempoh tersebut.

Menjelang hari Ahad keempat, mereka digalakkan bercuti oleh majikan, dan pulang ke kampung untuk bertemu dengan ibu. Setiap ibu akan dihadiahi dengan ‘Mothering Cake’ sempena perayaan tersebut. Amalan dan tradisi ini menular ke seluruh dunia dan kini disambut sebagai penghormatan kepada ‘Mother Church’. ‘Mother Church’ dianggap sebagai satu kuasa spiritual yang agung. Sejak itu, perayaan ‘Mothering Sunday’ diraikan dengan upacara di gereja.

1872

Hari Ibu di Amerika Syarikat disambut hasil ilham Julia Ward Howe. Beliau seorang aktivis sosial dan telah menulis puisi ‘The Battle Hymm of The Republic’. Puisi ini telah dijadikan lagu patriotik yang popular dalam kalangan warga Amerika.

1907

Anna Jarvis dari Philadelphia telah memulakan kempen melancarkan Hari Ibu. Beliau telah berjaya mempengaruhi Mother’s Church di Grafton, West Virginia agar meraikan  Hari Ibu pada hari ulangtahun kematian ibunya, iaitu pada hari Ahad kedua dalam bulan Mei. Sejak itu, Hari ibu dirayakan setiap tahun di Philadelphia. Anna Jarvis dan penyokongnya telah menulis surat kepada presiden, ahli korporat dan ahli politik mencadangkan agar Hari Ibu disambut secara meluas di seluruh wilayah.

1911

Hampir keseluruhan rakyat Amerika menyambut Hari Ibu.

1914

Presiden Woodrow Wilson, secara rasminya telah mengisytiharkan Hari Ibu sebagai hari cuti umum dan mesti diraikan pada setiap hari Ahad kedua dalam bulan Mei. Biarpun sebahagian besar negara-negara di dunia menyambutnya pada hari yang berlainan, tetapi negara seperti Denmark, Finland, Itali, Turki, Australia, dan Belgium masihmerayakannya pada setiap Hari Ahad kedua dalam bulan Mei.

Sambutan Setiap Masa

Hari Ibu di Barat sebagai tanda penghormatan kepada ibu tuhan mereka dan ibu mereka. Dr. Yusuf al-Qaradawi pernah berkata: “Hari Ibu ini timbul kerana pihak orientalisatau doktrin barat memikirkan bahawa inilah cara terbaik untuk mereka menarik minat remaja barat agar menghormati orang tua mereka. Umum mengetahui, masyarakat barat amat tipis dengan adab tatasusila, Jadi dengan mengadakan atau mengkhususkan hari-hari tertentu, sekali gus dapat memupuk remaja mereka agar menghormati orang tua mereka.”

Persoalannya, adakah kita perlu meraikan ibu dalam tempoh sehari sahaja? Tidak, kerana Islam menuntut kita untuk menghargai dan menyayangi ibu setiap masa. Islam juga mewajibkan kita berbuat baik terhadap kedua-dua ibu bapa, tetapi perlu melebihkan ibu sepertimana nasihat Luqman al-Hakim kepada anaknya dalam surah Luqman, ayat 14 yang bermaksud: “Dan Kami wajibkan manusia berbuat baik kepada kedua ibu bapanya; ibunya telah mengandungnya dengan menanggung kelemahan demi kelemahan (dari awal mengandung hingga akhir menyusunya), dan tempoh menceraikan susunya ialah dalam masa dua tahun; (dengan yang demikian  ) bersyukurlah kamu kepada-Ku dan kepada kedua ibu bapamu; dan (ingatlah), kepada Akulah jua tempat kembali (untuk menerima balasan).”

Bersambung…

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s