Archive for January, 2012

Ada satu doa yang pendek tetapi sangat besar manfaatnya sekiranya diamalkan dalam kehidupan seharian kita. Doa yang dimaksudkan seperti sabda Rasulullah s.a.w. seperti berikut:

Rasulullah SAW bersabda, “Tidaklah seorang hamba berdoa di setiap pagi dan petang “Dengan nama Allah yang tidak memberikan mudarat sesuatu di bumi dan juga di langit dan Dia Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui” baca tiga kali, maka tidak akan ada yang memudaratkannya”. (Hadith riwayat Tirmizi)

Rasulullah s.a.w. mengajarkan kepada umatnya satu doa yang jika dibaca tiga kali di waktu pagi dan tiga kali di waktu petang maka akan terhindarlah kepada yang membacanya daripada segala kemudaratan disepanjang hari tersebut. (more…)

Advertisements

Kisah Jibrail dan Mikail menangis

Posted: January 2, 2012 in Islam

Dalam sebuah kitab karangan Imam al-Ghazali menyebutkan bahawa Iblis itu sesungguhnya namanya disebut sebagai Al-Abid (ahli ibadah) pada langit yang pertama, pada langit yang keduanya disebut Az-Zahid. Pada langit ketiga, namanya disebut Al-Arif. Pada langit keempat, namanya adalah Al-Wali. Pada langit kelima, namanya disebut At-Taqi. Pada langit keenam namanya disebut Al-Kazin. Pada langit ketujuh namanya disebut Azazil manakala dalam Luh Mahfuz, namanya ialah Iblis. (more…)